Saturday, 4 June 2016

Rumah dapat, Duit pun dapat jugak!!!

Selalu kita sering mendengar keluhan kawan-kawan atau ahli keluarga nak beli rumah tak ada duit deposit, lepas tu nak bayar peguam lah, nak bayar duti stamp lah banyaknya keluar modal, sampai bila pon tak boleh nak beli rumah!!!!

Tahukah anda banyak cara untuk kita beli rumah tanpa keluar modal yang banyak, dahtu siap dapat duit pulak lepas semuanya settle....
























Cara-cara Beli rumah tanpa keluar modal yang banyak :-

1. Beli rumah yang baru nak dibangunkan.
  • Biasanya developer akan bagi macam-macam offer sebab nak promote projek diorang.
  • Antara offer yang sering diberi ialah zero 0% deposit.
  • Macam mana dorang buat, itu kita tak payah tahu dulu asalkan dapat beli rumah tak payah keluar duit.
  • Kadang-kadang dorang offer cash back bila dah dapat kunci nanti diorang akan bagi duit tu, biasanya jumlahnya banyak boleh renovate rumah ataupun beli perabot dapur untuk bini.
  • Kesimpulannya, sebelom beli rumah, survey lah dulu mana developer yang banyak bagi keistimewaan yang kita suka.

2. Cari bank atau institusi kewangan yang boleh bagi loan 100%
  • Biasanya beli rumah bank akan bagi pinjaman 90% jer.
  • Macam mana nak dapat loan 100%, salah satu caranya ialah cari rumah yang harganya Below Market Value.
  • Jadi pinjaman boleh diubah menjadi 100%, kerana jumlah pinjaman yang boleh bank bagi adalah 90% dari Market Value (MV).
  • So kalau kita dapat property yang 10% lebih murah dari MV maka pinjaman kita seolah-olah 100% lah.
  • Macam mana nak dapat rumah yang harga bawah MV??? kene buat baiklah dengan agen hartanah sebab dorang yang tahu dulu kalau ada rumah nak jual.
  • Kalau siapa yang baru first time nak beli rumah, ada scheme yang diberi oleh institusi kewangan yang melayakkan pembeli dapat loan sehingga 105%.
  • Siapa yang baik hati sangat tu sampai 105%??? meh tengok gambar kat bawah ni.

Tapi kita kena ingat, cara-cara ni cuma boleh berlaku ikut kemampuan kita sahaja. So, kena lah cari rumah yang harganya kita mampu milik. Macam mana nak cari tu?? Geng lah dengan agen hartanah.

Nak tahu lebih lanjut cara-cara lain nak beli rumah tanpa keluar modal yang banyak, sila contact saya di +60163306436 (Fami) agen hartanah anda!!!!