Friday, 3 June 2016

Soalan Lazim dalam Pembangunan Tanah

Pembangunan merupakan satu proses yang penting dalam sesebuah negara supaya negara tersebut mencapai kemajuan dari segi ekonomi, pentadbiran dan sosial. Pembangunan haruslah terancang dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.


Tahukah anda bahawa tuan punya tanah mempunyai hak dan kuasa seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 92 KTN,
iaitu:
i) Hak untuk pecah sempadan, pecah bahagian atau menyatukan tanah yang dimiliki dengan tanah yang lain;
ii) Hak untuk memecah bahagi bangunan berbilang tingkat;
iii) Hak untuk memindahmilik, memajak, mencagar, menyerah dan menyempurnakan lain-lain urusniaga; dan
iv) Hak untuk menurunmilik (‘transmit’) harta apabila berlaku kematian.
Sekaligus hak-hak ini memberi peluang kepada pemilik hartanah untuk memajukan pembangunan diatas tanah yang dimilikinya. Mari kita lihat soalan-soalan yang sering menjadi tanda tanya dalam proses perancangan dan pembangunan hartanah.

Soalan :-
Apakah perbezaan di antara pecah sempadan dan pecah bahagian?

Jawapan :-
Pecah sempadan bermaksud memecahkan satu lot tanah kepada lot-lot yang lebih kecil dengan tidak mengubah butiran pemilikannya. Contohnya, satu lot tanah dipecahsempadan kepada lot-lot yang lebih kecil untuk dijual oleh tuan tanah.

Pecahbahagian pula adalah memecahkan satu lot tanah kepada lot-lot yang lebih kecil mengikut bahagian seperti mana yang telah didaftarkan di dalam geran.Contohnya jika satu lot tanah itu dipunyai oleh empat (4) tuan tanah berdaftar, maka lot tersebut akan dipecahkan kepada 4 bahagian mengikut bahagian masing-masing.

Soalan :-
Bolehkah permohonan untuk pecah bahagian dikemukakan sekiranya tidak mendapat persetujuan kesemua tuan tanah?

Jawapan :-
Boleh, permohonan boleh dikemukakan oleh mana-mana tuan tanah namun satu pemberitahuan akan dikeluarkan dan disampaikan kepada kesemua tuan tanah berdaftar untuk memaklumkan tentang permohonan tersebut. Sekiranya terdapat bantahan, ianya perlulah dikemukakan dalam masa yang telah ditetapkan dan satu sesi siasatan / pendengaran ke atas bantahan tersebut akan diadakan oleh Pentadbir Tanah Klang.

Soalan :-
Berapakah keluasan minimum yang boleh dipecahbahagi?

Jawapan :-
Minimum keluasan yang boleh dipecahbahagi bagi tanah kategori pertanian ialah 0.25 ekar.

Sebenarnya banyak lagi yang perlu kita tahu dalam membangunkan hartanah. Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut lagi anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat secara percuma. Hubungi +60163306436 untuk temujanji atau sila isi borang dibawah dan saya akan hubungi anda :-